Wednesday, April 21, 2010

Cahaya Mata


"woooiiii, comelnya baby tuu...rasa nak gigit jer pipi dia", mesti korang pernah jumpa ramai baby-baby comel dlm dunia nie. Ha, dah tentu semua org nak cahaya mata yg comel bila kahwin nanti kan.

Cahaya mata, sudah tentu menjadi penyeri dalam rumahtangga kita semua. Sebagai mama, aku dah rasa betapa seronoknya bila dpt tau aku bakal menjadi ibu. Fuh...memang excited, maklum la, anak sulung. Aku jaga betul2, baru dlm perut aku dah rasa mcm baby aku tu dah lahir. Semua petua org tua aku ikut.

Haa...aku ada beberapa perkara nak kongsi tentang amalan-amalan yg baik untuk ibi-ibu yg sedang mengandung nie. Amalan2 ni semua ada aku amalkn masa aku mengandung dulu. Paling utama sekali, kena baca Surah Yusuf. Surah ni bagus untuk dapat baby yg comel nanti.

Satu lagi, kalau nak dpt baby comel, tampal gambar-gambar baby yg comel byk2 dlm bilik tidur. hari-hari tgk gambar baby comel, nanti anak yg lahir pun akan comel. Insyaallah...Doa pun penting, minta la supaya anak kita tu nanti sempurna zahir dan batin. jgn doa minta anak comel jer, takut mental plak tak ok nanti masalah pulak kan....

Wanita-wanita yg bakal jadi ibu, kena bersedia sepenuhnya. bukan senang nak membesarkan zuriat. dari bayi sampai la ke besar. macam-macam kerenah dan ragam, tak kira lelaki ataupun perempuan. Masa baby, kdg2 ada yg suka menangis waktu malam. Yg jenis mcm ni susah skit si mama nak tidur, tak blh nak letak langsung. Nak ber dukung jer, ada yg nak menyusu jer. Penat skit la kalau dpt baby mcm nie. Mcm aku dulu, anak aku tak byk meragam. senang jaga dia masa baby, dah besar ni plak tak reti nak duk diam...

Satu lagi masalah yg biasanya di alami oleh bayi ni adalah 'demam kuning', demam ni bila ada pada bayi, kulit, mata dan seluruh badan bayi akan kekuningan. mengikut petua org2 tua, kalau bayi terkena penyakit kuning ni, tak boleh langsung ada benda2 yg berwarna kuning di sekelilingnya. Apa yg perlu dibuat adalah menjemur bayi ni pada matahari waktu pagi dalam pukul 7.00 pg-8.00 pg. Waktu tu matahari blm panas lagi.Insyaallah akan mengurangkan penyakit kuning tu. Mcm2 lagi lah masalah yg dihadapi oleh bayi ni.

Dari hari ke hari, bulan ke bulan, kita akan melihat perkembangannya. Pada usia 6 bulan, si kecil dah mula untuk maju ke hadapan kemudian merangkak sikit2. bila masuk 10 bulan, dia dah pandai berdiri sekejap-sekejap. Berjalan jatuh, dan pandai berjalan bila masuk umur 11 atau 12 bulan.Memang seronok bila dpt melihat anak kita membesar depan mata. Dia juga dah mula utk bercakap dgn kita. Emm...kita kena layan bila dia berbual, walaupun kita tak faham apa yg dia ckp tu. Masa dia tgh belajar bercakap ni la saat yg lucu skali, lain yg dicakap, lain maksud nyer.

Lepas dah bercakap, dah pandai jalan, masuk umur 2 tahun dia dah mula pandai ikut2 nyanyi. dah mula nak menari kalau dgr lagu, terlompat sana terlompat sini. Kalau tgk tv jgn cakap la, semua benda dia akan tanya, " tu aper ma, ni aper ma...." layan.....
Budak dlm umur 2-3 tahun nie, sgt cepat belajar dan mudah ingat apa yg dilihat. Jadi, masa ni la kita blh mula ajar dia ABC, mengira dan mcm- lagi. mesti dia cepat ingat.

Bila dah masuk 3 tahun, dia akan mula pandai bergaya. dah pandai pilih baju aper nak pakai. kalau beli baju ke kasut ke, dah pandai memilih nak warna tu la, warna ni la. tu tak cantik la, ni tak lawa la.....pening..pening....tapi seronok layan kerenah budak kecik nie....

Belum masuk bab bila dah sekolah nanti, mcm mana la agaknye yek....tak sabar nak tunggu si kecik bersekolah.mesti mcm2 nak cerita bila balik sekolah nanti. Tunggu je laa.....





Monday, April 19, 2010

Semerah Cinta Stilleto

Hari ni nak ckp pasal filem baru, 'Semerah Cinta Stilleto'. Tadi g tgk wayang, mcm tertarik nak tgk citer nie... citer biasa, romantik komedi. tapi, rasanyer citer Adnan Sempit lagi lawak la...

Stilleto mengisahkan gadis dari family yg mewah bercinta dgn anak penjual bakso. Apa yg kelakarnyer bila bab si Farid Kamil terpaksa bawa pelampung kecik warna meran untuk alas punggung dia yg cedera ken atendang dgn kasut tumit tinggi ' Stilleto '. Ha...bab yg tu blh tahan kelakar lah.

Watak Cat Farish dlm citer nie pun tak byk lawak, skit2 jer. tak byk yg menarik utk di ceritakan. kalau balik pun takde apa yg nak di gelak2 kan smpai ke rumah. habis kat situ jer gelak nyer..

So, apapun, tgk la dulu baru menilai. sokonglah filem melayu kita..ek...



Saturday, April 17, 2010

Masalah dalam cinta

Emm....pasti kita semua ada pengalaman bercinta masing-masing. Ada manis dan pahit, yang pasti ia akan menjadi satu saat yang akan kita kenang sampai bila-bila.

Sebelum saya berlongsi dgn anda masalah-masalah dalam cinta lebih lanjut, saya telah memilih satu lagu yang menceritakan tentang cinta juga sesuai dgn topik kita nie....

'Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta'


Bila kita sedar ada seseorang menyimpan perasaan pada kita, dlm masa yg sama kita juga menyimpan perasaan suka pd org yg sama, kita akan rasa hidup kita terlalu indah dan berbunga-bunga. Bermula dari itu, kita akan rasa tidak bermaya apabila tidak bertemu atau ternampak kelibat org tersebut walaupun dari jauh.....nak tidur terbayang-bayang, nak mkn pun tersenyum seorg diri.... itulah CINTA.....

Saya percaya anda semua pernah mengalami situasi ini...Cinta akan terus mekar selagi kita saling mempercayai dan menghargai pasangan kita..Sentiasa menjaga hati dan mengambil hati...
Tapi...langit tak selalu cerah...dan manusia memang dijadikan tidak sempurna dan akan melakukan kesilapan walaupun kecil...

Saya akan berkongsi pengalaman cinta dari kenalan-kenalan rapat saya dan juga kisah cinta saya sendiri dalam blog ini....nantikan.....

Anda juga boleh berkongsi kisah cinta anda di sini, ataupun mahu mendapatkan pandangan tentang masalah cinta yang anda hadapi....Setiap masalah ada jalan penyehlesaian, jgn pendam masalah, kelak menjadi barah...