Tips Kecantikkan

Mata

Dari mata, turun ke hati. Mata memainkan peranan yg penting untuk menyerlahkan lagi seri dan kecantikkan seorang wanita. Haa...jgn tak tau mata lah yg pertama sekali akan di pandang bila seseorang memandang kita. Amat perlu bagi wanita mengambil tau aspek2 penting untuk mendapatkan mata yang cantik dan bersinar. Tips yg akan aku kongsi kat bawah ni amat mudah dan blh dilakukan di rumah setiap hari.

* Cuci
Sebelum tidur, jgn lupa bersihkan mata dulu. Gunakan pembersih khas untuk mata. atau nak senang blh juga gunakan susu segar (fresh milk) utk bersihkan mata anda. Lepas tu, sapu la krim mata yg dpt merawat mata pd waktu malam.

* Timun
Haaa, semua mesti dah biasa dengar timun bagus utk mata. Cuma tekapkan pada mata selama beberapa minit, mata akan segar. Tapi anda tau ke, apa sebenarnya khasiat timun dan kenapa org guna timun utk lekap kat mata. Timun bertindak mengurangkan lingkaran hitam pada bwh mata. Selain tu, guna kentang dan ais pun boleh. Bagus untuk melancarkan peredaran darah pada mata.

* Air Suam
Minum air suam bukan saja bagus untuk kulit supaya tidak kering, malah juga baik untuk mengelak daripada kedutan di sekeliling mata. Minum la air suam dgn jumlah yg byk.

* Buahan & sayuran
Bila bercakap soal kesihatan dan kecantikkan , buah-buahan dan sayur-sayuran amat sinonim sekali kerana ia byk khasiat dan mudah didapati. Mkn buah-buahan yg mengandungi vitamin C, haa...tak payah gi suntik kolagen kerana vitamin C yg ada pada buah0buahan ini dapat menganjalkan kulit di sekitar mata.